Biografi Joseph Merrick

Merrick pada tahun 1889

Joseph Merrick ialah anak sulung kepada Mary Jane Potterton dan Joseph Rockley Merrick.[1] Disebabkan kesilapan oleh Sir Frederick Treves dalam bukunya yang berjudul The Elephant Man and Other Reminiscences, maka beliau kadang-kadang dipanggil John Merrick.[2] Beliau mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Dalam catatan autobiografi yang tertera dalam risalah pertunjukannya, Merrick berkata bahawa kecacatannya mula timbul ketika berusia tiga tahun apabila tumbuhnya lebam-lebam kecil di sebelah kiri tubuhnya.[3] Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 12 tahun. Menurut pengalaman keluarganya, ibunya juga mengalami kecacatan. Bapanya kahwin lagi, tetapi ibu tirinya tidak suka Joseph yang masih muda itu. Ketika memikul tugas menjual barangan di jalanan, Merrick sering kali diejek oleh kanak-kanak setempat. Disebabkan sukar mencari rezeki dan puas bertengkar dengan ibu tirinya, Merrick maka Merrick meninggalkan rumah.

Selama ini tinggal merempat dalam kemiskinan, akhirnya pada 29 Ogos 1884, beliau mendapatkan pekerjaan sebagai penghibur jalanan, di mana beliau diberi layanan dan upah yang memuaskan. Pada suatu ketika sepanjang kerjayanya, Merrick ditayangkan di belakang kedai kosong di Mile End Road di kota London (kini dihuni London Sari Centre), apabila beliau bertemu dengan sorang tabib bernama Frederick Treves. Seperti yang dicatatkan dalam kisah kenangan Treves puluhan tahun kemudian, beliau menyerahkan sehelai kad niaganya kepada Merrick seandainya Merrick sanggup dijadikan bahan kajian perubatan. aappun, kedua-dua mereka berpisah juga. Apabila pertunjukan jalanan diharamkan di United Kingdom pada tahun 1886, Merrick pergi ke Belgium untuk mencari kerja. Di situ, beliau menderita akibat deraan seorang penghibur yang mencuri duit simpanan Merrick sebanyak £50 (bernilai kira-kira £3,900 dalam matawang 2007[perlu rujukan]).

Sekembalinya di London, Merrick secara tidak sengajanya menimbulkan gangguan di stesen keretapi Liverpool Street. Akibat jangkitan parah pada bronkus lebih-lebih lagi dihalang oleh kecacatannya, Merrick sukar sekali hendak bertutur dengan jelas. Nasib baik, beliau masih menyimpan kad perniagaan Treves, oleh itu Treves dipanggil ke mari oleh pihak berkuasa. Dalam peranannya selaku tabib di Hospital London, Treves mengaturkan tempat tinggal yang tetap untuk Merrick.

Topeng yang dipakai Merrick untuk menutup mukanya.

Merrick disambut sebagai orang ternama di kalangan golongan atasa zaman Victoria. Alexandra dari Denmark, Puteri Wales ketika itu, meluahkan minatnya terhadap Merrick, diikuti orang-orang lain dalam golongan atasan untuk tampil menerima kehadirannya. Lambat-laun beliau menjadi kegemaran Ratu Victoria. Walaupun begitu, Treves pernah emngulas bahawa Merrick pernah berhajat untuk melawat hospital untuk golongan buta agar beliau boleh mencari wanita yang tidak loya melihat wajahnya. Di akhir hayat, beliau mendapat ketenangan jiwa dengan mengarang dan melawat kawasan desa.

Pada tahun 1887, beliau meluangkan beberapa minggu di dusun Fawsley Hall, Northamptonshire. Langkah berjaga-jaga khusus diambil sepanjang perjalanan ke sana, yang mana beliau terpaksa menaiki kereta yang dilitupi bidai agar tidak menarik perhatian ramai. Beliau banyak menikmati masa berjauhan dari kota London, mendapat ramai kawan baru dan mengumpul bunga liar untuk dibawa kembali ke kota London. Beliau mengunjungi dusun itu lagi pada tahun 1888 dan 1889. Beliau dijaga di hospital sehingga detik akhirnya pada usia 27 pada 11 April 1890, nampaknya disebabkan lehernya terkehel kerana tidak mampu menampung keberatan kepalanya yang begitu besar ketika tidur. Disebabkan sukar hendak tidur berbaring kerana kepalanya yang begitu berat, beliau mungkin cuba melakukannya untuk mencontohi manusia biasa. Koroner bagi inkuesnya ialah Wynne Edwin Baxter, yang menjadi terkenal kerana menangani inkues mangsa-mangsa pembunuhan Jack the Ripper sekitar tahun 1888.

Rankga Merrick disimpan dalam koleksi patologi di Hospital London Diraja. Walaupun mayatnya tidak pernah dipamerkan di khalayak ramai, adanya sebuah muzium kecil yang menceritakan kisah kehidupan Merrick.